Saturday, February 21, 2015

Kesinabungan Arthritis dan Gout.

Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!

Penyakit Artritis ialah penyakit radang sendi. Penyakit Arthritis ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. 
Sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit radang sendi.
Manakala, penyakit Gout adalah sebahagian daripada penyakit arthritis.
 Arthritis yang membawa kepada Gout adalah disebabkan oleh hyperuricemia.
 Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL). Hyperuricemia adalah sifat utama bagi penyakit gout.
Walaubagaimana pun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

Apabila Hyperuricemia berlaku, asid urik akan berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit. 
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam atau jarum-jarum kristal pada sendi-sendi. 
Hablur-hablur inilah yang akan mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan. 
Dan akhirnya,ia juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang yang dipanggil 'Kidney Stone'.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak (menghasilkan bengkak yang dipanggil 'Tophi'), panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. 
Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. 
Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.
Jadi, jika mewarisi kecacatan genetik dari keluarga kita, eloklah mengamalkan diet seimbang untuk mengelakkan paras asid urik dalam badan melepasi paras normal iaitu lebih dari 420 μmol/L (7.0 mg/dL).


.

Wednesday, February 18, 2015

Risiko Wanita dan GOUT.

Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!



Susur galur penyakit Gout bermula akibat daripada lebihanan Asid Urik dlm badan. Asid Urik ialah bahan kumuhan yg berasal dr sejenis protien yg dipanggil Purin.
Sepatutnya bahan kumuhan ini (Purin) dibuang melalui air kencing (Urin).
Namun, Gout terjadi apabila Asid Urik yg tidak dibuang itu termendap dan menghasilkan hablur garam yg menyerang sendi & mencetuskan rasa sakit atau bengkak sendi.

Selalu kita dengar, penyakit gout ialah penyakit yang sering menyerang lelaki. Walaubagaimana pun, perempuan juga berisiko untuk menghidap penyakit ini.

Wanita yang sudah melalui putus haid ataupun monopause mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki. Ini adalah disebabkan, sebelum monopause wanita akan merembeskan hormon wanita iaitu hormon estrogen yang dapat menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam darah kita.

Selain dari itu, faktor genetik juga adalah salah satu sebab untuk wanita diserang penyakit gout. Terutama kepada wanita yang obesiti, kerana mempunyai masalah pengambilan makanan yang tidak teratur.

Wanita yang mempunyai masalah ginjal juga berisiko untuk mendapat serangan gout. Ini adalah disebabkan kegagalan ginjal untuk menyingkirkan asid urik yang dihasilkan oleh wanita tersebut.

Wanita yang menghidap hipertensi yang serius juga berisiko tinggi untuk menghidap penyakit gout terutama wanita yang menuju ke arah monopause [berada dalam lingkungan umur 40-an] dan mempunyai genetik penyakit gout. Ini kerana, pesakit hipertensi menghasilkan asid urik yang sangat tinggi sehinggakan badan pesakit wanita tersebut tidak dapat melakukan proses perkumuhan dengan baik dan menyebabkan asid urik dalam darah di paras yang abnormal.

Selain penghidap hipertensi, wanita yang mengambil ubat seperti mengawal tekanan darah dan menjalani kemoterapi juga berisiko mendapat gout. Ini kerana, kesan ubat dan kemoterapi disahkan boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.

Sehubungan dengan itu, diet sihat adalah penting untuk mengelakkan penyakit ini terutama mereka yang bergenetik gout. Pengambilan air 8 gelas sehari juga dapat membantu para wanita di luar sana untuk menjauhi penyakit gout ini.

 .

Sunday, February 15, 2015

Penatnya bersama GOUT!

Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!

Penyakit Artritis ialah penyakit radang sendi. Penyakit Arthritis ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit radang sendi. 

Manakala, penyakit Gout adalah sebahagian daripada penyakit arthritis. Arthritis yang membawa kepada Gout adalah disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL). Hyperuricemia adalah sifat utama bagi penyakit gout.

Walaubagaimana pun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

Apabila Hyperuricemia berlaku, asid urik akan berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam atau jarum-jarum kristal pada sendi-sendi.

 Hablur-hablur inilah yang akan mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan. Dan akhirnya,ia juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang yang dipanggil 'Kidney Stone'. 

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak (menghasilkan bengkak yang dipanggil 'Tophi'), panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat. 
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

 .

Saturday, February 14, 2015

Bagaimana Diet Untuk Pesakit Gout + Penyakit 3 Serangkai?

Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!

Hari ini saya terima beberapa panggilan dari pesakit TEGAR GOUT. Banyak perkongsian tentang serangan yang mereka alami. Ada yang derita Gout sekali gus dengan penyakit 3 serangkai. Aduh, terseksa sungguh jika kita alami penyakit Gout kemudian ditambah lagi dengan penyakit 3 serangkai. Sudah jadi 4 dalam 1!

Penyakit 3 serangkai: ialah penyakit jantung, diabetes(kencing manis) dan tekanan darah tinggi. 

Sehubungan dengan itu, amat penting bagi pesakit 4 serangkai ini mempunyai diet harian yang seimbang.

Dengan pengambilan makanan yang beralkali, pesakit dapat mengalkalikan darahnya untuk melarutkan batu karang dan kristal asid urik pada sendi-sendi. Pesakit juga disyorkan untuk memperbanyakkan dan membiasakan mengambil makanan & minuman beralkali yang kaya dengan khasiat pemakanan asli dan mineral.

Carta diet harian untuk pesakit 4 dalam 1:-
1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih (baik untuk kurangkan kolesterol), daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout: 25 biji sehari), atau cuka epal (1 sudu besar selang sehari). Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout.

2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah. Juga baik mengamalkan pengambilan Cypreme Pure Miracle Drop.

3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / ayam organik kerana ayam kampung kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging kambing (boleh meningkatkan tekanan darah tinggi) dan lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.

4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran, dan minyak sayuran terhidrogen kepada mentega susu asli, minyak sapi asli. 

5. Ganti gula pasir putih dengan gula stevia, fructose, gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, dan gula kelapa asli.
*Inulin ialah karbohidrat yang mengandungi serat makanan. Inulin pada dasarnya tidak ada rasanya tapi oligofructose memiliki rasa yang agak manis. Inulin dan oligofructose keduanya tambahan makanan yang tinggi, kerana mereka adalah karbohidrat yang tidak menaikkan gula darah atau menghasilkan respons insulin.
**Oligofructose juga tidak merosakkan bahagian dalaman dan rendah kalori. Dengan itu ianya selalu digunakan ke dalam makanan rendah gula atau rendah kalori sebagai pengganti gula. Jadi ianya sangat sesuai & selamat digunakan utk mereka yang mempunyai komplikasi dengan gula darah, seperti diabetes.

6. Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Elakkan terus penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Pastikan, penggunaan minyak goreng jangan melebihi 3 kali penggunaan kerana ia akan menghasilkan kolesterol jahat.

Pesakit 3 serangkai yang turut mengidap gout amat penting menjaga diet harian kerana serangan jantung, gout, darah tinggi boleh menyerang secara mengejut jika tersilap makan!

 .

Friday, February 13, 2015

Makanan Apakah Yang Dapat Mengelakkan Gout?

Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!

Gout yang merupakan salah satu dari penyakit arthritis (radang sendi) akan menyerang pesakit dengan kesakitan yang dirasakan sungguh azab!

Sehinggakan, pesakit memberikan perumpamaan seperti 'hatta selembar benang yang terjatuh di atas kaki yang terkena serangan gout terasa seperti dihiris pisau'! 

Di sini, saya kongsikan sedikit makanan yang dapat mengelakkan Gout dan juga dapat mengurangkan kesakitan Gout.

 ❖ Nenas: Sudah diketahui di dalam nenas mengandungi bromelain, iaitu enzim yang mempunyai ciri­ciri anti­radang. Jadi menambahkan nenas di dalam diet harian untuk persakit Gout boleh mengurangkan rasa kesakitan yang di alami.

❖ Halia: Ciri-ciri anti-radang dalam akar halia sangat membantu untuk melegakan kesakitan dan keradangan kepada pesakit Gout yang disebabkan oleh asid urik.

❖ Kunyit: Kunyit juga berkesan sebagai anti­radang dan ia telah dicadangkan oleh pakar­pakar bahawa orang-orang yang mempunyai masalah gout perlu memasukan kunyit dalam diet harian mereka.

❖ Buah Ceri: Makanlah banyak buah­buahan dalam usaha mencegah gout , terutama ceri. Ia bukan sahaja merendahkan tahap asid urik tetapi juga mengurangkan masalah gout. Kajian membuktikan bahawa jus ceri mengurangkan asid urik, dan mempunyai ciri-­ciri anti­radang yang memainkan peranan penting dalam mengawal serangan gout, kejadian serangan mengurang dari 3 ke 4 tahun sekali dalam setahun.  

❖ Lada Merah: Lada banyak mengandungi antioksidan dan fitokimia. Kedua-dua sifat ini amat baik untuk pesakit Gout, dengan mungurangkan kesakitan yang dialami.

❖ Selada air (watercress) : Selada air mengandungi jumlah mineral dan vitamin yang baik untuk pesakit buah pinggang dan juga dapat membantu mengeluarkan jumlah asid urik yang berlebihan dari badan.

❖ Lemon: Jus lemon segar dapat melegakan sakit gout dengan mengalkalikan badan dan meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Secara luaran, kita lihat lemon rasanya masam dan berasid. Namun apabila cecair buah lemon memasuki tubuh manusia ia akan bertukar sifat menjadi alkali. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah! 

Secara amnya, penghidap penyakit gout amat penting menjaga diet harian kerana serangan Gout akut boleh menyerang secara mengejut jika tersalah makan!

 .

Wednesday, February 11, 2015

Peringkat Gout dan Serangan Gout

Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!


Bagaimana Paras Serangan Kesakitan Pesakit Gout?
Sudahkah anda semua tahu, bahawasanya Gout mempunyai 4 peringkat yang nyata:
1. Asimptomatik
2. Akut
3. Interkritikal
4. Kronik
Di dalam setiap fasa serangan ini, pesakit mengalami masalah yang berbeza dan juga kesakitan yang berbeza.

Di dalam peringkat pertama (asimptomatik), tubuh pesakit mempunyai aras asid urik plasma yang tinggi, tetapi tidak ada sebarang gejala serangan Gout terjadi. Di waktu ini, pesakit tidak akan mengalami apa-apa kesakitan kerana tiada serangan Gout yang berlaku.

Ketika serangan gout pertama berlaku, ini menandakan peringkat kedua (akut) telah terjadi. Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Pada saat serangan akut berlaku, pesakit akan mengalami kesakitan yang teruk.

Kemudian, selepas serangan Gout yang pertama berlaku, pesakit masuk ke peringkat ketiga (interkritikal) iaitu jarak masa yang bebas daripada sebarang gejala serangan Gout. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama. Oleh kerana tiada sebarang gejala Gout, pesakit dapat menjalankan aktiviti seperti biasa tanpa sebarang kesakitan.

Pada peringkat keempat atau terakhir (kronik) serangan Gout, serangan-serangan gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu melibatkan banyak sendi pada satu masa. Tophi yang besar-besar juga boleh muncul di dalam sendi-sendi tersebut. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal (kidney stone) juga boleh terjadi.

Oleh itu, jika anda mempunyai genetik Gout, cuba dapatkan analisa asid urik di dalam darah untuk memastikan kandungan asid urik berada pada taraf normal!

Selepas serangan Gout pertama berlaku, pesakit dinasihatkan mengamalkan diet 'Sihat Gout' untuk memastikan tiada serangan Gout kali kedua. Selain itu, masalah Gout boleh diselesaikan dengan penggunaan Cypreme Pure Miracle Drop yang mana dapat mengeluarkan asid urik dari dalam tubuh dan memecahkan hablur garam akibat asid yg termendap pada sendi pesakit Gout.