Saturday, February 14, 2015

Bagaimana Diet Untuk Pesakit Gout + Penyakit 3 Serangkai?

Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!

Hari ini saya terima beberapa panggilan dari pesakit TEGAR GOUT. Banyak perkongsian tentang serangan yang mereka alami. Ada yang derita Gout sekali gus dengan penyakit 3 serangkai. Aduh, terseksa sungguh jika kita alami penyakit Gout kemudian ditambah lagi dengan penyakit 3 serangkai. Sudah jadi 4 dalam 1!

Penyakit 3 serangkai: ialah penyakit jantung, diabetes(kencing manis) dan tekanan darah tinggi. 

Sehubungan dengan itu, amat penting bagi pesakit 4 serangkai ini mempunyai diet harian yang seimbang.

Dengan pengambilan makanan yang beralkali, pesakit dapat mengalkalikan darahnya untuk melarutkan batu karang dan kristal asid urik pada sendi-sendi. Pesakit juga disyorkan untuk memperbanyakkan dan membiasakan mengambil makanan & minuman beralkali yang kaya dengan khasiat pemakanan asli dan mineral.

Carta diet harian untuk pesakit 4 dalam 1:-
1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih (baik untuk kurangkan kolesterol), daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout: 25 biji sehari), atau cuka epal (1 sudu besar selang sehari). Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout.

2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah. Juga baik mengamalkan pengambilan Cypreme Pure Miracle Drop.

3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / ayam organik kerana ayam kampung kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging kambing (boleh meningkatkan tekanan darah tinggi) dan lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.

4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran, dan minyak sayuran terhidrogen kepada mentega susu asli, minyak sapi asli. 

5. Ganti gula pasir putih dengan gula stevia, fructose, gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, dan gula kelapa asli.
*Inulin ialah karbohidrat yang mengandungi serat makanan. Inulin pada dasarnya tidak ada rasanya tapi oligofructose memiliki rasa yang agak manis. Inulin dan oligofructose keduanya tambahan makanan yang tinggi, kerana mereka adalah karbohidrat yang tidak menaikkan gula darah atau menghasilkan respons insulin.
**Oligofructose juga tidak merosakkan bahagian dalaman dan rendah kalori. Dengan itu ianya selalu digunakan ke dalam makanan rendah gula atau rendah kalori sebagai pengganti gula. Jadi ianya sangat sesuai & selamat digunakan utk mereka yang mempunyai komplikasi dengan gula darah, seperti diabetes.

6. Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Elakkan terus penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Pastikan, penggunaan minyak goreng jangan melebihi 3 kali penggunaan kerana ia akan menghasilkan kolesterol jahat.

Pesakit 3 serangkai yang turut mengidap gout amat penting menjaga diet harian kerana serangan jantung, gout, darah tinggi boleh menyerang secara mengejut jika tersilap makan!

 .

No comments:

Post a Comment