Friday, February 13, 2015

Makanan Apakah Yang Dapat Mengelakkan Gout?

Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!

Gout yang merupakan salah satu dari penyakit arthritis (radang sendi) akan menyerang pesakit dengan kesakitan yang dirasakan sungguh azab!

Sehinggakan, pesakit memberikan perumpamaan seperti 'hatta selembar benang yang terjatuh di atas kaki yang terkena serangan gout terasa seperti dihiris pisau'! 

Di sini, saya kongsikan sedikit makanan yang dapat mengelakkan Gout dan juga dapat mengurangkan kesakitan Gout.

 ❖ Nenas: Sudah diketahui di dalam nenas mengandungi bromelain, iaitu enzim yang mempunyai ciri­ciri anti­radang. Jadi menambahkan nenas di dalam diet harian untuk persakit Gout boleh mengurangkan rasa kesakitan yang di alami.

❖ Halia: Ciri-ciri anti-radang dalam akar halia sangat membantu untuk melegakan kesakitan dan keradangan kepada pesakit Gout yang disebabkan oleh asid urik.

❖ Kunyit: Kunyit juga berkesan sebagai anti­radang dan ia telah dicadangkan oleh pakar­pakar bahawa orang-orang yang mempunyai masalah gout perlu memasukan kunyit dalam diet harian mereka.

❖ Buah Ceri: Makanlah banyak buah­buahan dalam usaha mencegah gout , terutama ceri. Ia bukan sahaja merendahkan tahap asid urik tetapi juga mengurangkan masalah gout. Kajian membuktikan bahawa jus ceri mengurangkan asid urik, dan mempunyai ciri-­ciri anti­radang yang memainkan peranan penting dalam mengawal serangan gout, kejadian serangan mengurang dari 3 ke 4 tahun sekali dalam setahun.  

❖ Lada Merah: Lada banyak mengandungi antioksidan dan fitokimia. Kedua-dua sifat ini amat baik untuk pesakit Gout, dengan mungurangkan kesakitan yang dialami.

❖ Selada air (watercress) : Selada air mengandungi jumlah mineral dan vitamin yang baik untuk pesakit buah pinggang dan juga dapat membantu mengeluarkan jumlah asid urik yang berlebihan dari badan.

❖ Lemon: Jus lemon segar dapat melegakan sakit gout dengan mengalkalikan badan dan meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Secara luaran, kita lihat lemon rasanya masam dan berasid. Namun apabila cecair buah lemon memasuki tubuh manusia ia akan bertukar sifat menjadi alkali. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah! 

Secara amnya, penghidap penyakit gout amat penting menjaga diet harian kerana serangan Gout akut boleh menyerang secara mengejut jika tersalah makan!

 .

No comments:

Post a Comment