Wednesday, February 11, 2015

Peringkat Gout dan Serangan Gout

Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!


Bagaimana Paras Serangan Kesakitan Pesakit Gout?
Sudahkah anda semua tahu, bahawasanya Gout mempunyai 4 peringkat yang nyata:
1. Asimptomatik
2. Akut
3. Interkritikal
4. Kronik
Di dalam setiap fasa serangan ini, pesakit mengalami masalah yang berbeza dan juga kesakitan yang berbeza.

Di dalam peringkat pertama (asimptomatik), tubuh pesakit mempunyai aras asid urik plasma yang tinggi, tetapi tidak ada sebarang gejala serangan Gout terjadi. Di waktu ini, pesakit tidak akan mengalami apa-apa kesakitan kerana tiada serangan Gout yang berlaku.

Ketika serangan gout pertama berlaku, ini menandakan peringkat kedua (akut) telah terjadi. Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Pada saat serangan akut berlaku, pesakit akan mengalami kesakitan yang teruk.

Kemudian, selepas serangan Gout yang pertama berlaku, pesakit masuk ke peringkat ketiga (interkritikal) iaitu jarak masa yang bebas daripada sebarang gejala serangan Gout. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama. Oleh kerana tiada sebarang gejala Gout, pesakit dapat menjalankan aktiviti seperti biasa tanpa sebarang kesakitan.

Pada peringkat keempat atau terakhir (kronik) serangan Gout, serangan-serangan gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu melibatkan banyak sendi pada satu masa. Tophi yang besar-besar juga boleh muncul di dalam sendi-sendi tersebut. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal (kidney stone) juga boleh terjadi.

Oleh itu, jika anda mempunyai genetik Gout, cuba dapatkan analisa asid urik di dalam darah untuk memastikan kandungan asid urik berada pada taraf normal!

Selepas serangan Gout pertama berlaku, pesakit dinasihatkan mengamalkan diet 'Sihat Gout' untuk memastikan tiada serangan Gout kali kedua. Selain itu, masalah Gout boleh diselesaikan dengan penggunaan Cypreme Pure Miracle Drop yang mana dapat mengeluarkan asid urik dari dalam tubuh dan memecahkan hablur garam akibat asid yg termendap pada sendi pesakit Gout.


No comments:

Post a Comment