Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!
Adakah anda tahu, apakah punca penyakit Gout? Apakah yang dimaksudkan dengan Gout?
Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi.
Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki. Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati.
Bagaimana Asid Urik boleh berada dalam tubuh manusia?
Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protiennya seperti daging. Protien akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik.
Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil. Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk.
Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan 'kidney stones' (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( 'kidney failure' ).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
No comments:
Post a Comment