Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!
Susur galur penyakit Gout bermula akibat daripada lebihanan Asid Urik dlm badan. Asid Urik ialah bahan kumuhan yg berasal dr sejenis protien yg dipanggil Purin.
Sepatutnya bahan kumuhan ini (Purin) dibuang melalui air kencing (Urin).
Namun, Gout terjadi apabila Asid Urik yg tidak dibuang itu termendap dan menghasilkan hablur garam yg menyerang sendi & mencetuskan rasa sakit atau bengkak sendi.
Selalu kita dengar, penyakit gout ialah penyakit yang sering menyerang lelaki. Walaubagaimana pun, perempuan juga berisiko untuk menghidap penyakit ini.
Wanita yang sudah melalui putus haid ataupun monopause mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki. Ini adalah disebabkan, sebelum monopause wanita akan merembeskan hormon wanita iaitu hormon estrogen yang dapat menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam darah kita.
Selain dari itu, faktor genetik juga adalah salah satu sebab untuk wanita diserang penyakit gout. Terutama kepada wanita yang obesiti, kerana mempunyai masalah pengambilan makanan yang tidak teratur.
Wanita yang mempunyai masalah ginjal juga berisiko untuk mendapat serangan gout. Ini adalah disebabkan kegagalan ginjal untuk menyingkirkan asid urik yang dihasilkan oleh wanita tersebut.
Wanita yang menghidap hipertensi yang serius juga berisiko tinggi untuk menghidap penyakit gout terutama wanita yang menuju ke arah monopause [berada dalam lingkungan umur 40-an] dan mempunyai genetik penyakit gout. Ini kerana, pesakit hipertensi menghasilkan asid urik yang sangat tinggi sehinggakan badan pesakit wanita tersebut tidak dapat melakukan proses perkumuhan dengan baik dan menyebabkan asid urik dalam darah di paras yang abnormal.
Selain penghidap hipertensi, wanita yang mengambil ubat seperti mengawal tekanan darah dan menjalani kemoterapi juga berisiko mendapat gout. Ini kerana, kesan ubat dan kemoterapi disahkan boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Sehubungan dengan itu, diet sihat adalah penting untuk mengelakkan penyakit ini terutama mereka yang bergenetik gout. Pengambilan air 8 gelas sehari juga dapat membantu para wanita di luar sana untuk menjauhi penyakit gout ini.
No comments:
Post a Comment