Thursday, June 4, 2015

BAHAYA PAIN KILLER!! TAHUKAH ANDA??

Image result for ubat tahan sakit untuk pesakit goutImage result for ubat tahan sakit gout





Pain killer atau ubat tahan sakit merupakan ubat yang paling banyak dan mudah didapati di farmasi. Menurut doktor penyakit gout tiada ubat. Pesakit gout hanya perlu diet dan berpantang makan. Apabila pesakit gout berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer) di samping dapat mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.


Image result for Allopurinol




Kebiasaanya doktor akan memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim) kepada pesakit gout bagi mengurangkan paras asid urik. Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah memperlahankan pengeluaran asid urik tapi AWAS!! Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. 

Selain daripada allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keRana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya ia adalah “racun” yang menambahkan masalah bagi pesakit gout. Penggunaan yang singkat untuk menghilangkan sakit adalah tidak membimbangkan, namun bagaimana untuk penggunaan yang berpanjangan, ianya bahaya kepada kesihatan jika digunakan untuk jangka masa panjang. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. 



Penggunaan secara tidak terkawal juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang serius dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang terutama bagi golongan yang berumur lebih 60 tahun, pesakit gout, pesakit darah tinggi, pesakit jantung dll. Bukan itu sahaja ianya juga boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke. 
Apa yang paling ditakuti pesakit gout adalah ubat pain killer ini merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. 





.


No comments:

Post a Comment