Thursday, May 21, 2015

APAKAH DIET UNTUK PESAKIT GOUT??






Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!



Selain dari ubat ubatan, tips diet yang betul untuk pesakit gout adalah sangat penting untuk mengurangkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Di sini saya kongsikan "APAKAH DIET UNTUK PESAKIT GOUT"


1.  MINUM BANYAK AIR


Pengambilan air yang banyak iaitu sebanyak 2 hingga 3 liter sehari boleh membantu menyingkirkan asid urik, mencegah pembentukan batu karang dan mencegah kerosakan buah pinggang. Ini kerana air yang banyak dapat mencairkan kandungan asid urik dalam badan seterusnya membantu membantu penyingkiran asid urik daripada badan.



2. TURUNKAN BERAT BADAN ANDA


Obesiti seringkali dikaitkan dengan penyakit gout. Kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan tetapi pengurangan berat badan mestilah berlaku secara berfasa kerana pengurangan berat badan yang mendadak akan menaikkan aras asid urik dalam badan.



3. ELAKKAN MAKANAN TINGGI PURIN


Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Sumber protien yang digalakkan adalah ikan dan produk protien yang lain seperti tofu dan telur. Daging merah seperti daging lembu mempunyai kandungan purin yang tinggi.

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKANKURANGKAN MAKAN
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin



4. ELAKKAN PENGAMBILAN ALKOHOL


Pengambilan alkohol merupakan faktor risiko yang biasa dalam serangan akut gout. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan mengakibatkan pengumpulan asid laktik yang akhirnya menghalang fungsi buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik.



#UNTUK MENGETAHUI MAKLUMAT DENGAN LEBIH JELAS DAN DAPATKAN NASIHAT DARI PAKAR SECARA PERCUMA, BOLEH HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA DI BAWAH :))





No comments:

Post a Comment