Friday, March 6, 2015

Makan Besar atau Minum Besar


Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!
Bukan Pantang Tapi Diet Seimbang! 
Pengurusan pemakanan bagi pesakit Gout amatlah dititik beratkan. Ini kerana punca utama gout menyerang adalah dari paras asid urik yang terkandung dalam badan pesakit.  Jika tersalah mengambil makanan yang tinggi protien purin dengan kuantiti yang banyak, serangan Gout tidak teragak-agak datang menyerang!

Doktor juga menasihati para pesakit Gout untuk jaga makan dan mula bersenam. Jadi ramai pesakit Gout menganggap nasihat untuk ‘jaga makan’ itu sebagai berpantang.
Ini membuatkan sesetengah pesakit menjauhi terus kumpulan makanan yang dirasakan boleh merangsang penyakit mereka. Dan ramai yang letih dengan kaedah berpantang ini.
Namun sebenarnya, apa yang disarankan oleh pengamal perubatan ialah mengamalkan pemakanan secara bersederhana, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air kosong.
Jika kita meraikan 'makan besar' yang kebiasaannya diadakan di waktu-waktu perayaan, seorang pesakit Gout dinasihatkan meneliti jenis-jenis hidangan yang dihidangkan.
Ambil dengan kuantiti yang sedikit bagi makanan yang tinggi protein purin dan lebihkan meminum air kosong untuk meningkatkan metabolisme badan.
Firman Allah SWT dalam Al­Quran pada Surah Al­A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”
Ada MASALAH GOUT?
sms/whatsapp/call : 01131377713
Tanya saya, Afya Rawi.
Salam Iqra'

No comments:

Post a Comment