Gout oh gout, kenapa engkau datang?
Macam
mana aku tak datang, asid banyak sangat!
Asid
oh asid, kenapa engkau banyak sangat?
Macam
mana aku tak banyak, manusia tak jaga makan!!
Bagaimana Garam Bukit Merawat Gout?
Sebelum kita menyelongkar lebih jauh berkenaan 'GARAM BUKIT', mari
kita rujuk sunnah-sunnah berkaitan dengan garam. Di bawah menunjukkan 3 hadis
yang berkait dengan garam.
Hadis pertama:
~Dari Abdullah Bin
Umar 'Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan )
dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam'
Hadis Riwayat
Al-Baghawiy dalam tafsirnya.
Hadia kedua:
~Dari Anas Bin Malik,
Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Hadis riwayat Ibnu
Majah
Hadis ketiga:
~'Tiadalah akan baik
makanan itu melainkan dengan garam' Hadis riwayat Al – Bazzar.
Subhanallah, maha
suci Allah. Rupanya amalan rasulullah s.a.w memakan secubit garam sebelum dan
selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan
keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari
menyerap racun.
Amalan garam bukit
dalam diet harian ternyata berkesan menghilangkan pelbagai penyakit. Tubuh
manusia memerlukan garam termasuk elemen-elemen kelumit. Meminum larutan
garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan
metabolisma.
Larutan
ini juga dipercayai :
1)
Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan
tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibE5zib8G1aIEAsMRSLaRduyCkoRvPw_n5AZPVPONXPe-0Ye2wxKVFKc1kRrfzo5lP7o1Snb14l_p1wNp8eO_2gmtEHCr3IGqLBn0xpJnInYy366ge9OE4gkJseK25Vh7Xg71ZxS5fsdx5/s1600/radang-sendi+-gout.jpg)
3)
Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan
"batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, gout, batu
hempedu dan batu karang. Jadi pesakit gout yang sudah mempunyai garam kristal
di sendi-sendi, garam bukit dapat hancurkan dan melarutkan garam kristal yang
sudah terbentuk akibat mendapan asid urik
4)
Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja
pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen.
No comments:
Post a Comment